web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih ramai peserta perhimpunan #LAWAN akan dipanggil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 7:16PM

Antara penunjuk perasaan yang ikut sama dalam Perhimpunan #LAWAN semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih ramai peserta Perhimpunan #LAWAN akan dipanggil polis susulan pembabitan mereka dalam gerakan yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) itu, semalam.

Jurucakap SSR, Asraf Sharafi, berkata perkara itu diketahui pihaknya selepas lima peserta yang dipanggil memberi keterangan pagi ini diminta hadir esok.

“Lima peserta yang sepatutnya hadir ke balai polis jam 10 pagi ini dihubungi polis malam tadi yang meminta mereka datang Isnin (esok),” katanya kepada Getaran.

Ditanya adakah pihaknya mengetahui alasan di sebalik pertukaran hari soal siasat itu, Asraf berkata mereka dimaklumkan lebih ramai peserta akan dipanggil memberi keterangan.

“Sebab polis akan panggil ramai lagi,” katanya.

Kelima-lima peserta itu adalah Mohamad Al Shatri Abdullah, Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy.

Semalam, Perhimpunan #LAWAN yang dianjurkan di ibu kota dengan mensasarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi berhimpun, berlangsung dengan jayanya apabila disertai hampir 1,000 peserta.

Perhimpunan bermula jam 11 pagi itu disertai majoritinya anak muda dengan memakai seragam serba hitam sebagai tema utama gerakan.

Berdasarkan tinjauan Getaran di lokasi semalam, peserta perhimpunan yang dikawal ‘Marshall’, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang lebih dua jam acara berlangsung.

Antara aktiviti peserta adalah melaungkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan membawa pelakat bertulis 1001 kezaliman pemerintah, selain menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad