web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Kelantan Perkenan Buka Pintu Istana Balai Besar Untuk Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:56PM

Seorang penerima vaksin COVID-19 disuntik di Istana Balai Besar, di sini, hari ini. - Gambar Ihsan Istana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membuka pintu Istana Balai Besar di sini, untuk proses pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat jelata.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, istana berkenaan satu-satunya di Kelantan yang dibuka bagi memudahkan rakyat untuk menerima vaksin.

Katanya, baginda Sultan mengampuni perkenan supaya pintu Istana Balai Besar dibuka kepada rakyat jelata.

“Istana Balai Besar dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan Program Pemberian Vaksin (PPV) yang akan diadakan selama lima hari bermula hari ini.

“Pemberian vaksin berkenaan membabitkan 2,000 individu meliputi ahli keluarga petugas Istana Kelantan, kerabat diraja dan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar
Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar

Tengku Azmi berkata, pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu adalah bagi fasa kedua, dianjurkan Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan  Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bermula hari ini.

Beliau berkata, bagi fasa pertama yang berlangsung pada 9 Jun lalu membabitkan 350 penerima terdiri daripada pegawai dan petugas Istana Kelantan.

Katanya, baginda turut memuji rakyat Kelantan yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin.

“Sultan Kelantan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan terutamanya petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat bagi memastikan kes COVID-19 dapat dilandaikan.

“Baginda menitahkan semua rakyat Kelantan di dalam dan luar negeri supaya mengambil serius berkenaan peningkatan jangkitan COVID-19 serta memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra tidak ketinggalan menzahirkan rasa prihatin baginda terhadap masalah serta kekangan yang dihadapi KKM dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksin.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan lima peti ‘Top Loading’ bagi tujuan kemudahan penyimpanan bekalan vaksin COVID-19 kepada JKNK untuk penyimpanan bekalan vaksin dalam skala besar. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad