web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Peduli Sidang Ditangguh, MP Pembangkang Banjiri Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 10:13AM

Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di luar Parlimen selepas sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan hari ini ditangguhkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka selepas dihalang memasuki bangunan Parlimen pagi ini selepas mesyuarat sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan hari ini ditangguhkan.

Beberapa jalan menuju ke bangunan Parlimen telah ditutup.

Selain itu, sembilan trak membawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di Bulatan Bank Negara Malaysia berhampiran menara Bank Rakyat.

Semua ahli Parlimen pembangkang dari PKR, DAP, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul bagi mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur. 

Mereka yang berada di situ termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng , Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen pembangkang berkumpul untuk memasuki Parlimen.
Ahli Parlimen pembangkang berkumpul untuk memasuki Parlimen.
Anwar berunding dengan pihak polis di Parlimen
Anwar berunding dengan pihak polis di Parlimen

Sementara itu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan ringkasnya berkata, mereka akan bersurai secara aman selepas dihalang memasuki bangunan Parlimen. - Getaran, 2 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad