web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Hilang Keabsahan, Ada MP PN Tarik Sokongan - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 4:44PM

Anwar berkata menerima maklumat bahawa sebilangan Ahli Parlimen PN sudah menarik sokongan diberikan kepada perdana menteri. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Perikatan Nasional (PN) hilang keabsahan apabila terlepas sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Menurutnya, beliau menerima maklumat bahawa sebilangan Ahli Parlimen PN sudah menarik sokongan diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

“Saya dimaklumkan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang menulis kepada Speaker Dewan Rakyat (Datuk Azhar Harun) untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak memperincikan bilangan Ahli Parlimen berkenaan.

“Kerajaan kini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menghalang Ahli Parlimen daripada menjalankan tugas kami. Malah lebih serius, mereka melanggar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat.

“Kita sebagai rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan mahu hadir ke Parlimen bagi membela nasib rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap pada perarakan di Bulatan Datuk Onn di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, rakyat menanggung derita dan terkorban kerana kegagalan kerajaan melaksanakan tugas mereka untuk membendung penularan COVID-19 dengan berkesan.

Terdahulu, beliau bersama 107 Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari kerusi Bebas berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak menuju ke Parlimen.

Bagaimanapun perarakan itu dihalang oleh polis dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang menutup dan mengawal ketat laluan terbabit di Bulatan Dato Onn, berhampiran Menara Bank Rakyat. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad