web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Walk In Untuk Warga Emas Mulai Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 3:19PM

Gambar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga emas yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 boleh mendapatkan dos mereka di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara secara ‘walk-in’ mulai minggu hadapan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata    , keistimewaan yang diberi kepada golongan berusia itu selaras dengan misi melengkapkan imunisasi 40 peratus populasi dewasa negara.

“Kita serah kepada kerajaan negeri untuk umumkan tarikh perlaksanaan inisiatif itu. Ada yang telah bermula dan ada yang akan bermula,” kata Khairy dalam satu sidang media mingguan PICK hari ini.

Menurut beliau, lebih tiga juta warga emas telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala, 2.25 juta lagi sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keutamaan pengedaran vaksin sepanjang bulan ini diberikan kepada negeri dengan peningkatan jumlah jangkitan harian dan kadar suntikan yang rendah.

“Ini adalah usaha kita untuk mengimbangkan semula keadaan supaya semua negeri dapat mencapai nilai 40 peratus menjelang Merdeka nanti iaitu pada 31 Ogos,” jelasnya.

Sepanjang bulan ini, sejumlah 1,800,630 dos vaksin Pfizer akan dihantar pada minggu pertama iaitu 2 hingga 8 Ogos.

Mengulas mengenai vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, sejumlah 2,412,300 dos telah diterima sehingga semalam manakala pihak pengedar juga telah melengkapkan penghantaran sejumlah 14,400,000 dos Sinovac.

“Saya juga telah memulakan rundingan dengan Pfizer untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi tahun 2022 namun ia masih di peringkat awal, jadi jumlah dos dan harga tawaran masih belum dimuktamadkan,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut