web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Datuk Pemilik Syarikat Teksi Didakwa Terima Suapan RM95,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 12:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat teksi bergelar Datuk akan dituduh di mahkamah selepas disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM95,000 sebagai balasan bantuan diberikan bagi menyelesaikan satu kes rasuah.

Menurut sumber rapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 50-an itu didakwa meminta wang terbabit daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan.

Katanya, suspek sudah diberikan notis untuk hadir ke mahkamah bagi proses pertuduhan esok.

“Suspek meminta wang itu kononnya untuk ‘membayar’ Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang mengendalikan kes berkenaan.

"Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai telah menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, sebelum meminta tambahan RM35,000 dalam bentuk tunai,” katanya.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis.

Getaran diberitahu, suspek akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009. – 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad