web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup PATI, Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 3:41PM

Gambar tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi untuk menghadapi pertuduhan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) bulan lalu.

Tertuduh, V Surindaran, 30 membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsiah Ujang.

Menurut kertas pertuduhan,  dia didakwa melakukan penyeludupan tiga orang migran berusia antara 28 hingga 50 tahun di sekatan jalan raya (SJR), Jalan Kota Tinggi - Felda Inas Kulai di sini, kira-kira jam 4.10 petang, 7 Julai lalu. 

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh yang sebelum ini bekerja di tempat cuci kenderaan sudah tidak bekerja sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Terdahulu, dia tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana kes akan dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Firdaus Adnan, Wafiq Hadie dan Hilmi Sulaiman.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin pendakwaan kerana ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. - Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut