web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kediaman PM Terus Jadi Tumpuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:00AM

Kenderaan rasmi yang dipercayai membawa menteri, keluar dari kawasan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada jam 12.10 tengah malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi terus menjadi tumpuan pemimpin politik dipercayai membincangkan perkembangan mutakhir  landskap politik semasa negara.

Pengamal media turut “berkampung” di kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu di Bukit Damansara seawal 7 malam susulan pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  pada  sidang media yang antara lain menyatakan UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin.

Antara yang kelihatan hadir adalah Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin merangkap Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun merangkap Ketua Srikandi Bersatu turut dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

4

Politik 3 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad