web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Rakan Baik, Bekas Ketua Bahagian MCA Berdepan Hukuman Gantung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 4:30PM

Ong Chow Lee dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan baiknya di sebuah bangsal di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh rakan baiknya 23 Julai lalu.

Tertuduh, Ong Chow Lee, 57 didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai di sini, kira-kira jam 1.55 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Namun tiada pengakuan direkodkan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober depan untuk lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan, tertuduh, bekas Ketua MCA Bahagian Marang menembak mati rakannya yang juga Timbalan Pengerusi KRT menggunakan senapang patah milik RELA.

Dalam insiden itu, anak saudara mangsa yang berusia 45 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian dada.

Suspek melarikan diri selepas kejadian namun berjaya diberkas pada jam 4.20 petang di sekitar kawasan kebun di Durian Mentagau, Dungun. – Getaran, 4 Ogos 2021

Keterangan Gambar :

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh rakan baiknya.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad