web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


China Kembali Dihantui COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 5:17PM

Gambar yang dirakamkan pada 3 Ogos 2021 menunjukkan penduduk di Yangzhou beratur untuk menjalani ujian COVID-19. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

China kembali merekodkan kes COVID harian tertinggi selepas ujian mengesan virus berkenaan dilakukan secara besar-besaran di beberapa wilayahnya bagi mengesan jangkitan virus Delta.

Pada Rabu, sebanyak 71 kes tempatan direkodkan, iaitu tertinggi sejak Januari lalu, ketika negara itu melaksanakan perintah sekatan di beberapa kawasan.

Beijing sebelum ini berbangga dengan kejayaannya dalam memusnahkan COVID-19, memulihkan ekonomi dan rakyatnya kembali menjalani kehidupan normal ketika dunia masih berjuang untuk membendung pandemik berkenaan yang telah membunuh lebih 4 juta orang.

Namun penularan semula COVID ini telah menjejaskan rekod kejayaan Beijing itu dengan 500 kes tempatan dilaporkan sejak pertengahan Julai, apabila kluster tukang cuci dikesan di lapangan terbang di Nanjing.

Sementara Wuhan, wilayah di mana virus berkenaan pertama kali dikesan pada 2019, melaporkan kes jangkitan pertama minggu ini, menyebabkan kerajaan menjalankan ujian pengesanan besar-besaran ke atas 11 juta penduduknya.

Sementara di Nanjing, 9.2 juta penduduk telah diuji manakala gim, panggung wayang serta kejiranan ditutup.

Begitu juga dengan bandar destinasi pelancongan  di wilayah Hunan. Bandar di situ telah ditutup selepas pesakit COVID menghadiri persembahan teater di situ.

Keadaan ini telah menyebabkan bandar itu ditutup dan tiada siapa dibenarkan keluar. - AFP

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad