web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khaled Nordin Pula Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:27PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula meletakkan jawatan sebagai
Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad.

Ia susulan kepada penarikan semula  sokongan UMNO ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Mohamed Khaled menerusi satu hantaran di Facebook berkata, peletakan jawatan itu berkuatkuasa esok.

"Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuatkuasa Khamis, 5hb Ogos 2021. 

"Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan Boustead Holdings Berhad kerana memberi komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya sebagai Pengerusi syarikat.

Beliau turut yakin syarikat itu kini berada pada landasan tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama, iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). - Getaran, 4 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut