web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seleweng Wang: Bekas Petugas JKM Dipenjara 4 Hari, Denda RM16,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 8:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang bekas pembantu pembangunan masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas 25 pertuduhan berhubung penyelewengan wang jabatan itu antara 2014 dan 2017.

Mohamed Hussain Mohamed Mydin, 41, yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret R Manomani, Majistret Rosnee Mohd Ridzuan dan  pembantu Pendaftar Mahkamah Muna Maria Azmi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gagal memberi penjelasan berhubung wang di dalam akaun bank miliknya yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi 12 pertuduhan membabitkan wang berjumlah RM52,049, Manomani menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohamed Hussain manakala bagi empat pertuduhan membabitkan wang berjumlah RM11,260 pula, Rosnee menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi sembilan lagi pertuduhan, Muna Maria menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh jatuh hukum kerana majistret berkenaan sedang bercuti.

Berdasarkan fakta kes, pendakwaan ke atas Mohamed Hussain dibuat susulan laporan polis oleh pegawai JKM Timur Laut selepas mendapati berlaku penyelewengan wang jabatan itu berjumlah RM107,370 yang dibuktikan menerusi laporan audit antara 2013 dan 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah dan Mohamed Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam R Puran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut