web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota RELA Didakwa Cuba Bunuh Anak Saudara Rakan Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 2:59PM

Chow Lee dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh anak saudara rakan baiknya pada 23 Julai lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang didakwa atas pertuduhan membunuh rakan baiknya semalam, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cubaan membunuh.

Ong Chow Lee, 57, didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh Teo Hock Beng, 45, yang merupakan anak saudara rakan baiknya itu.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Chow Lee didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bangsal, belakang tokong Cina, bersebelahan dengan pondok KRT, Taman Raya Wakaf Tapai di sini, pada 1.55 petang 23 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, Chow Lee didakwa di Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan membunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fong Swee Fuan, 65, pada lokasi dan waktu sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad