web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Perarakan: 3 Ahli Parlimen Selesai Beri Keterangan - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 5:16PM

Azmi Abu Kassim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lagi ahli parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata tiga Ahli Parlimen berkenaan adalah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata mereka hadir ke IPD berkenaan secara berperingkat sejak 10 pagi tadi.

“Siasatan masih diteruskan dan saya percaya lebih ramai akan hadir untuk membantu siasatan himpunan itu dalam masa terdekat. Kami mahu rekod percakapan mereka perlu lihat kesesuaian dan kelapangan masa Ahli Parlimen terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, seramai enam ahli parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad