web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


34 Majikan Ambil Pekerja PATI Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 8:05AM

Ops Patuh Bersepadu yang dijalankan JIM bukan hanya mengesan kehadiran PATI dan majikan mereka sebaliknya turut membanteras sindiket penyeludupan pendatang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 34 majikan di seluruh negeri dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menggaji pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja di premis mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, jumlah itu direkodkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

"Ia adalah jumlah tertinggi berbanding negeri lain di seluruh negara.

"Dalam hal ini, kerajaan tidak akan berkompromi dengan majikan yang didapati melakukan kesalahan melindungi PATI di premis mereka," katanya di sini.

Menurut beliau, sasaran JIM sepanjang pelaksanaan Ops Patuh Bersepadu bukan sahaja untuk mengesan kehadiran PATI sebaliknya turut membabitkan majikan dan sindiket penyeludupan pendatang.

"Sehingga bulan lalu, JIM Sabah mengadakan sebanyak 610 operasi dan 1,069 PATI berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Dalam masa sama, 1,740 PATI dari pelbagai negara turut berjaya diusir keluar dari negeri ini," katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Ops Patuh Bersepadu di Jalan Tanah Merah, Kalabakan dan Jalan Kinabutan, Tawau.

Dalam serbuan tersebut, seramai 182 individu diperiksa dan 155 daripada ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Daripada jumlah itu 49 daripadanya adalah lelaki, 67 wanita manakala selebihnya adalah kanak-kanak yang berusia satu hingga 7 tahun.

Semua tahanan tersebut ditempatkan di pusat transit tahanan PATI untuk tindakan lanjut. – Getaran, 7 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad