web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Terbakar Tiba-Tiba, Pemandu Terlepas Dari Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 8:53PM

Dua anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, petang tadi. - Gambar ihsan JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta terselamat selepas kenderaan dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Setia Tropika dekat Taman Setia Tropika di sini, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kereta Hyundai Getz dipandu mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kempas menghala ke Seelong di sini. 

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Wan Nor Afandi Wan Yussoff, sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan keseluruhan tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Getz dengan 95 peratus bahagian sudah dijilat api.

"Operasi digerakkan menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya. 

Beliau berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 4.59 petang. - Getaran, 7 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad