web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Berusaha Tangani Krisis Kesihatan Dan Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 3:15PM

Mustapa Mohamed (kanan) melawat projek runtuhan tebing di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kerajaan berusaha untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi dengan baik walaupun negara berdepan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat juga berharap kerajaan terus memberi tumpuan untuk menguruskan isu COVID-19.

Katanya, semua pihak diharap dapat menghentikan sebarang kenyataan politik yang boleh mengelirukan rakyat, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID-19.

“Jika ada pihak yang mengatakan mereka mempunyai majoriti sokongan, ia akan dibuktikan di Parlimen pada September nanti.

“Kita mengambil maklum dengan kenyataan pelbagai pihak yang menyebabkan rakyat keliru dan semua ini akan dibuktikan di Parlimen menerusi usul undi percaya terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media ketika mengadakan lawatan kerja di Projek Pelaksanaan Segera Runtuhan Tebing di Kampung Pohon Celagi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tempoh sebulan itu tidak lama seperti dijangka.

“Pada masa ini, kestabilan politik sangat penting dan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menikmati kestabilan politik sejak dahulu.

“Malaysia juga dikenali di dunia sebagai negara yang mempunyai kestabilan politik yang tidak dapat dipertikaikan. Kita perlu kembalikan kestabilan politik ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, projek runtuhan tebing di Kampung Pohon Celagi, di sini, yang membabitkan kos RM65 juta akan disiapkan pada November ini atau sebelum musim tengkujuh.

Katanya, projek itu membabitkan empat komponen yang sudah dijalankan serentak bermula kelmarin.

“RM45 juta diperuntukkan bagi kerja pembinaan benteng dan tanah serta menstabilkan tebing sungai, manakala RM11.2 juta pula digunakan sebagai pampasan kepada pemilik tanah serta bangunan.

“Projek berkenaan membabitkan empat komponen iaitu mengorek pasir, meletakkan batu, membina benteng dan mengorek sungai,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut