web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Perak Rujuk Laporan Melibatkan Ahli Parlimen Ipoh Barat Kepada SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 11:39AM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak telah menghantar laporan yang diterima daripada setiausaha sulit Ahli Parlimen Ipoh Barat, berkaitan mesej yang disyaki berunsur rasuah melalui dua nombor telefon yang tidak dikenali kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan itu pada kira-kira pukul 1.56 petang Sabtu lepas.

“Laporan itu dibuat berkaitan mesej yang disyaki berunsur rasuah, melalui dua nombor telefon yang tidak dikenali pada Jumaat lepas kira-kira pukul 10.30 malam, dan ada dua lagi laporan polis telah dibuat di Kedah serta Pulau Pinang berkaitan perkara yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya menghantar laporan polis berkenaan kepada pihak SPRM Negeri Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes ini, memandangkan ia masih dalam siasatan pihak SPRM bagi mengelakkan daripada mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Pada Sabtu lepas, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dilaporkan hadir bersama Setiausaha Sulitnya Jeremy Chuah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, bagi membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong Perikatan Nasional (PN), dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta serta dilantik menteri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima kes rujukan dari Polis Diraja Malaysia.

“SPRM akan jalankan siasatan dan akan panggil Ahli Parlimen itu untuk di rakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut