web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 3:03PM

Allayarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raisuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak tengah hari tadi.

Proses pengebumian Allahyarham dikendalikan kira-kira 10 petugas yang lengkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dua hari ditidurkan akibat jangkitan COVID-19.

Pemergian penyanyi lagu “Kesetiaan” itu disahkan oleh suaminya yang juga pelawak terkenal, Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib menerusi akaun Instagram (IG).

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berada dalam keadaan koma dan bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Penyanyi itu sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan caesarean bagi menyelamatkan bayi yang dikandungnya, Ayash Affan pada jam 5 petang Jumaat lalu.

Paras oksigen Sarah selepas itu dilaporkan jatuh sehingga 40 peratus, sebelum kembali meningkat kepada 77 peratus pada jam 2 pagi keesokannya, dan terus menunjukkan perkembangan positif apabila berada pada 85 peratus.

Shuib bagaimanapun malam tadi berkongsi berita sedih, apabila diberitahu kesihatan isterinya merosot, menyebabkan dia terpaksa ditiarapkan bagi membantu sistem pernafasan.

Tanggal 27 Julai lalu, Siti Sarah mengejutkan peminat apabila mengesahkan dirinya dan keluarga dijangkiti COVID-19.

Selain dirinya dan suami, turut disahkan positif ialah tiga anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Shuib dan kesemua anak mereka bagaimanapun diisytiharkan negatif selepas menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Jenazah ADUN Sungai Bakap Selamat Dikebumi

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad