web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Longgar SOP Perlu Ikut Kewajaran - Pakar Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:03PM

Dr Zainal Ariffin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh terdekat kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 perlu dilaksanakan mengikut kewajaran dan kesesuaian.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata kewajaran itu berlandaskan beberapa faktor, antaranya peningkatan jumlah liputan vaksinasi dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah terlalu lama.

Katanya, walaupun statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan kes harian pandemik COVID-19 masih tinggi, terutama di Lembah Klang, majoriti atau 95 peratus daripada jangkitan itu dikategorikan sebagai tidak serius, iaitu Kategori 1 dan 2.

“Semua faktor itu ditambah ketidaktentuan bilakah COVID-19 akan berakhir membuatkan saya berpendapat wajar kelonggaran SOP diberikan.

“Kajian juga menunjukkan agak mustahil negara mencapai angka sifar pandemik pada tahun ini, justeru sampai bila kita mahu berada dalam senario PKP penuh,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan mitigasi dan perancangan melonggarkan SOP selepas lebih setahun negara ‘mendidik’ serta mengingatkan masyarakat mengenai peraturan penjagaan diri itu.

Mengulas lanjut Dr Zainal berkata, kerajaan perlu melonggarkan SOP dan membebaskan rakyat daripada ‘kurungan’, namun perlu sentiasa mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan sedia ada serta lebih menumpukan kepada keperluan penjagaan golongan rentan, khususnya warga emas dan penduduk berisiko tinggi.

Beliau berkata, bagi individu dewasa, mereka perlu mengamalkan pemakaian pelitup muka berlapis dan penjarakan fizikal sebagai langkah pencegahan virus.

“Jika dibenarkan bergerak dan tetap dijangkiti, perkara itu di bawah risiko sendiri serta bergantung kepada cara anda mengikut SOP, contohnya seperti memandu laju tanpa tali pinggang keselamatan, jadi sekiranya kemalangan, itu adalah kesalahan sendiri kerana tidak mematuhi undang-undang.

“Galakkan aktiviti rakyat, tetapi ingatkan mereka walau serius mana keadaan sekiranya dijangkiti COVID-19, mereka perlu menanggung sendiri kemungkinan, termasuk kelewatan menerima rawatan kemudahan terhad di hospital,” katanya.

Dr Zainal Ariffin menarik perhatian, kelonggaran tersebut perlu diberikan secara berperingkat, iaitu membabitkan kawasan hijau dan aktiviti berfokus yang tidak memberikan risiko penularan jangkitan meluas.

“Saya beranggapan aktiviti tertentu, seperti kenduri kendara tidak perlu diberi kebenaran, jangan buka sekolah semua sekali pada masa sama dan longgarkan SOP terlebih dahulu di negeri yang tiada kes tinggi,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada program di Muar memaklumkan, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran dan kemudahan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya, sudah menimbangkan dan mengkaji perkara itu berserta prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Kesihatan Awam Hospital Colombia, Dr Hanafiah Bashirun pula berkata, penentuan sektor yang boleh diberikan kelonggaran SOP harus dibuat berdasarkan tiga aspek, iaitu wajar, kurang wajar atau tidak wajar.

Dr Hanafiah
Dr Hanafiah

“Jika sektor itu membabitkan ekonomi seperti memerlukan aktiviti merentas sempadan untuk penghantaran bekalan makanan atau produk, sememangnya wajar diberi kelonggaran kerana demi kelangsungan keperluan pihak berkaitan.

“Sektor kurang wajar diberikan kelonggaran pula mencakupi percutian, pelancongan dan aktiviti melawat keluarga kerana berisiko menyebabkan penularan kepada individu dalam kumpulan itu atau pihak dikunjungi, seperti warga emas dan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang belum atau tidak menerima vaksinasi,” tegasnya.

Menurut Dr Hanafiah, kelonggaran untuk aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, majlis keagamaan dan kegiatan sukan tidak wajar diberikan.

“Kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP memang sangat rendah dan ia boleh dilihat ketika kerajaan memberi kebenaran untuk rakyat bergerak bebas satu ketika dulu, atau makan di kedai.

“Kerajaan harus teliti apa (yang) boleh dan tidak boleh dilonggarkan dalam tempoh terdekat ini kerana selain masalah mematuhi disiplin oleh sejumlah besar rakyat, varian baharu COVID-19 yang lebih merbahaya juga harus dijadikan penentu sebelum kebenaran diberikan,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut