web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadap 6 Tuduhan Rasuah, Bekas Majistret Diarah Bela Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:10PM

Mohamad Amin diarah membela diri atas dakwaan meminta dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan pada tahun 2019.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang bekas majistret membela diri selepas didakwa dengan enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM210,000 pada tahun 2019. 

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain terhadap tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid, 40, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan. 

Mahkamah menetapkan 18 Oktober ini bagi prosiding membela diri dan 19 November untuk tarikh hujahan akhir pembelaan. 

Mohamad Amin didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan RM110,000 daripada ahli peniaga, Hassan Basri Ahmad Sutan Modo antara 5 Julai dan 22 Oktober 2019 di sekitar Lipis dan Raub. 

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk tertuduh hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basr kerana didakwa memiliki rokok seludup. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta rasuah dan Seksyen 17 (a) akta sama kerana menerima rasuah. 

Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

Pada prosiding itu, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut