web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


APMM Pindah 108 Pesakit COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:18PM

Semua pesakit bertolak dari Pulau Sebatik menuju ke Yatch Club Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 108 pesakit positif COVID-19 berjaya dipindahkan dari Pulau Sebatik ke daerah ini bagi tujuan rawatan dan kuarantin.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten V Siva Kumar berkata, pemindahan secara berperingkat itu dilakukan sejak 31 Julai lalu sehingga semalam.

“Mengambil kira peningkatan jangkitan di beberapa kampung sekitar Pulau Sebatik, APMM yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bertindak menyediakan bot untuk proses pemindahan itu.

“Antara kampung yang terlibat adalah Bergosong, Sungai Tongkang, Mentadak, Lahat-Lahat dan Wallace Bay,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua pesakit bertolak dari Pulau Sebatik menuju ke Yatch Club Tawau, sebelum diserahkan kepada KKM bagi tujuan penempatan di pusat kuarantin.

“Semua proses perpindahan ini mematuhi prosedur operasi standard SOP yang tinggi termasuk pemakaian PPE dan proses sanitasi,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Daerah Tawau Dr G Navindran berkata, kedudukan Tawau dan Kalabakan yang berhampiran sempadan Indonesia menjadi antara penyumbang kepada jangkitan COVID-19.

“Ia berikutan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berlaku khususnya dari Pulau Nunukan, Indonesia.

“Justeru, saya berharap kawalan di sempadan negara terus dipertingkat bagi mengawal kadar jangkitan akibat aktiviti keluar masuk di sempadan,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut