web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangguh Longgar SOP Sehingga Kes Menurun - MMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:54PM

Kebenaran rentas negeri bagi Fasa 2 PPN, adalah untuk individu lengkap vaksin yang mahu bertemu pasangan dan anak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelonggaran sekatan pergerakan kepada individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 perlu ditangguhkan sehingga jumlah kes positif berkurangan, gesa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya, Profesor Datuk Dr M Subramaniam berkata, sebarang keputusan untuk memberi kelonggaran itu perlu disokong oleh bukti saintifik dan apa jua kelonggaran perlu diberikan secara adil kepada semua penerima vaksin.

“Kelonggaran membabitkan negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga perlu berpandukan data terkini, dengan beberapa negeri sedang merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 dan mungkin kembali menepati kriteria Fasa 1 minggu depan.

"Jika keputusan kelonggaran sekatan pergerakan ini berasaskan sains, mengapa perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan kepada individu yang mahu bertemu pasangan dan anak mereka? Isunya sama ada benar-benar selamat bagi penerima dos lengkap vaksin melakukan perjalanan rentas negeri atau tidak,” tegas beliau.

Menurutnya, semua penerima dos lengkap vaksin perlu diberi kebenaran merentas negeri jika terbukti selamat, dan sebaliknya.

"Kerajaan juga tidak boleh berpandukan jumlah kes harian semata-mata dalam memutuskan kelonggaran itu, sebaliknya perlu meneliti kriteria lebih penting iaitu penggunaan katil hospital dan situasi di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

“Malaysia mungkin tidak akan mencapai sifar kes COVID-19 dalam waktu terdekat, namun dengan peningkatan jumlah penerima vaksin, bilangan pesakit COVID-19 di tahap serius akan menunjukkan trend penurunan seawal hujung bulan ini," katanya.

Dr Subramaniam menarik perhatian, kerajaan diharapkan dapat menyampaikan maklumat terkini kadar positif dan status penggunaan katil serta ICU di setiap negeri kerana ia adalah indikator lebih penting, selain jumlah kes harian.

"MMA juga berharap maklumat terkini berkaitan status vaksinasi bagi kumpulan berisiko tinggi dalam fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Ini kerana sebarang kelonggaran sekatan perlu mengambil kira kumpulan berisiko tinggi seperti petugas rumah penjagaan, pekerja kilang dan pembinaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan dan pekerja asing tidak berdokumen yang belum divaksin," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad