web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minat Mamat Khalid, Diorama Warung Pak Jabit Jadi Bukti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 12:07PM

Mohammad Nazrul pergi ke lokasi warung berkenaan untuk membuat lakaran sebagai rujukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Jika disebut nama Pak Jabit, sudah pasti penonton akan mengingati beberapa karya pengarah terkenal Mamat Khalid antaranya Hantu Kak Limah, Zombi Kampung Pisang dan Kampung Pisang Bersiri-siri.

Selain watak komedi itu, sesuatu yang lebih sinonim dengan nama berkenaan adalah gerainya, dikenali sebagai Warung Pak Jabit.

Kini, warung tersebut turut diterjemahkan dalam seni reka bentuk diorama oleh seorang pereka, selepas Mamat meminta replika itu dihasilkan.

Mohammad Nazrul Mohammad Faiz, 33, berkata, dia terkejut apabila dihubungi oleh pengarah berkenaan yang memintanya menghasilkan diorama warung Pak Jabit.

Menurutnya, permintaan terbabit dianggap sebagai satu pencapaian terbaik untuk dirinya dalam seni penghasilan diorama, apatah lagi dia sememangnya meminati pengarah tersohor itu.

“Diorama ini dihasilkan dalam skala 35 kali lebih kecil daripada struktur asal dan mula dihasilkan sejak awal Julai lalu.

“Bagi memastikan diorama itu kelihatan sama dengan reka bentuk asal, saya pergi ke lokasi warung berkenaan untuk membuat lakaran,” katanya kepada Getaran.

Mohammad Nazrul berkata, untuk menghasilkan diorama berkenaan, dia menggunakan kayu balsa dan pelbagai bahan lain yang sesuai selain menggunakan cat minyak dan cat akrilik.

Katanya, diorama warung berkenaan akhirnya berjaya disiapkan dan hanya menunggu masa sesuai untuk diserahkan kepada Mamat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Berkongsi mengenai minatnya itu, Mohammad Nazrul berkata, dia mula menghasilkan reka bentuk pelbagai diorama sejak tiga tahun lalu yang dijadikan sumber mata pencarian tambahan.

“Selain berniaga kecil-kecilan, penghasilan diorama ini dijadikan sumber mata pencarian tambahan.

“Selepas penghasilan diorama warung ini, saya semakin bersemangat untuk membina pelbagai lagi replika diorama terutamanya bangunan lama sekitar negeri ini,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut