web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ritual Tolak Bala, Sami Ditahan Sebabkan Kecederaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:19AM

Suspek dipercayai memukul mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ketika upacara ritual pembersihan diri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Polis menahan seorang sami berusia 39 tahun, selepas video ritual pembersihan diri yang dilakukannya terhadap tiga beranak sehingga mendatangkan kecederaan, tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, di sini.

Video berdurasi 1 minit 56 saat itu memaparkan sami tersebut mengadakan ritual menolak bala ke atas seorang pemandu lori berusia 54 tahun dan keluarganya di kuil berkenaan, dengan memukul kesemua mangsa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, upacara yang diadakan kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu itu hanya dihadiri keluarga mangsa, manakala sami terbabit adalah anak angkat lelaki tersebut.

Katanya, suspek dikatakan membaca mantera, sebelum memukul badan kesemua mangsa beberapa kali menggunakan sebatang rotan panjang ketika ritual itu dijalankan.

Menurutnya, pemandu lori terbabit dipercayai melakukan ritual tersebut bagi membuang badi dalam keluarganya.

“Akibat ritual berkenaan, ketiga-tiga mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

“Lelaki itu mengalami kecederaan pada bahu, tangan kanan dan bengkak di belakang kepala, manakala isteri dan anaknya masing-masing sakit pada kedua-dua tangan dan bahagian lengan kanan,” katanya di sini.

Ahmad Adnan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat abang kandung mangsa yang tidak berpuas hati dengan ritual dilakukan sami berkenaan ke atas keluarga adiknya.

Katanya, abang mangsa mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit, untuk melihat jika ia sengaja dilakukan bagi mencederakan keluarga adiknya.

Menurut Ahmad Adnan lagi, laporan juga dibuat bagi mengelak salah faham orang ramai membabitkan ritual itu.

“Susulan laporan, polis menahan sami terlibat dan merampas sebatang rotan berikat kain merah di hadapan kuil itu pada jam 10.20 pagi semalam untuk membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan semua saksi yang berada di tempat kejadian sudah dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad