web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Kesan Sijil Vaksinasi Dijual Dalam Talian - Dr Noor Azmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 3:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dalam talian di utara tanah air.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tindakan akan diambil Unit Inspektorat dan Perundangan KKM ke atas pihak yang terlibat selain laporan polis telah dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.

“Kita tidak membenarkan penjualan (sijil vaksinasi) ini kerana ia adalah satu penipuan sebab akan ada individu melakukan penipuan mengatakan dia sudah menerima dua dos vaksin COVID-19.

“KKM tidak ada mengeluarkan atau membuat perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi kerana sekiranya mahu dine-in (makan di premis) atau merentas daerah, mereka perlu menunjukkan sijil digital di aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di Kompleks Jabatan Kemajuan Masyarakat di sini hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor dalam hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook beliau mendedahkan sijil vaksinasi COVID-19 dalam bentuk kad fizikal sudah dijual secara dalam talian.

Beliau turut menyiarkan tangkap layar penjualan kad fizikal dalam talian yang tertera sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dicetak dan dijual pada harga RM15.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia perlu mendaftar aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka sentiasa mengemaskini tahap kesihatan.

“Apabila pulang dari luar negara, di pintu masuk lapangan terbang pihak KKM akan mengambil segala maklumat mengenai tahap kesihatan dan akan dimasukkan ke dalam MySejahtera,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap iaitu pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad