web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribut Berulang, Penduduk Rayu Bantuan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 6:28PM

Muhammad Nor Abdullah menunjukkan sebahagian kediamannya yang rosak selepas atap tercabut akibat ribut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 79 keluarga menanggung kerugian antara RM1,000 hingga RM5,000 akibat bencana ribut melanda FELDA Sungai Panching Utara, dekat sini, petang semalam.

Pengurus FELDA Sungai Panching Utara, Abdul Samad Harun berkata, kejadian itu adalah kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu di kawasan berkenaan.

“Pihak kami sudah melakukan pemantauan di sekitar kawasan penempatan sejak malam tadi dan setakat ini, tidak ada laporan kecederaan membabitkan penduduk diterima pihak kami. 

“Proses penilaian kerosakan dan kerugian dialami penduduk juga sedang dilakukan dan pihak FELDA akan menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di sekitar kawasan tanah rancangan itu.

Beliau tidak menolak kebenaran dakwaan bahawa proses penanaman semula yang sedang giat dilakukan di sekitar FELDA Sungai Panching Utara menjadi punca kepada bencana tersebut.

“Kejadian seperti ini sebenarnya sudah lama tidak berlaku dan memang sekarang kita sedang melakukan proses penanaman semula.

“Banyak kawasan sudah dibersihkan, pokok kelapa sawit yang lama ditebang untuk proses ini (tanam semula), jadi mungkin ia mengakibatkan laluan angin terperangkap di sini, kerana kawasan ini berbukit dan akhirnya mengakibatkan ribut,” katanya.

Sementara itu, seorang peneroka FELDA, Muhammad Nor Abdullah, 78, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya berada di kediaman mereka sebelum angin kencang bersama petir dan hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

“Saya ingat sekitar jam 5.30 petang angin berpusar berada di atas bumbung kediaman kami dan tidak lama kemudian, atap rumah mula terbang dibawa angin.

“Nasib baik juga tidak ada (ahli keluarga) yang mengalami kecederaan dan kejadian ini sangat mengejutkan kami kerana dua minggu lalu, insiden sama berlaku di kawasan ini juga,” katanya yang sudah menetap di FELDA Sungai Panching Utara sejak tahun 1971.

Muhammad Nor menganggarkan, jumlah kerugian dialaminya sekitar RM5,000 dan sedang berbincang dengan anaknya bagi membaiki semula bumbung kediaman yang rosak teruk itu.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Rizal Anuar Din, 39, pula berkata, dia baru siap membaiki kerosakan bumbung akibat ribut pada 26 Julai lalu dan tidak menyangka kejadian sama berulang sekali lagi petang semalam.

“Ketika kejadian saya cuma fikir nak selamatkan anak dan ahli keluarga terlebih dahulu, memang penat jugalah, sebab baru saja kami baiki atap akibat ribut baru-baru ini.

“Tapi ini semua bukan kerja kita, semuanya kerja Dia (Tuhan) jadi kena reda dan kalau tengok keadaan (kerosakan) kali ini, banyak juga (kos) yang diperlukan untuk membaiki semula atap rumah ini,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad