web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Beri Keterangan Kepada Polis Berkaitan Perarakan Ke Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 6:40PM

Guan Eng berucap ketika menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng memberikan keterangan kepada polis di sini hari ini, berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, bagi memberikan keterangan.

“Siasatan kes ini dijalankan oleh pegawai penyiasat di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, dan pihak kami di sini (IPD) Timur Laut, membantu merekodkan keterangan beliau (Guan Eng),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, polis IPD Timur Laut turut mengambil keterangan Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga Ahli Parlimen Tanjong dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, berhubung siasatan kes sama.

Pada 2 Ogos lalu, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung, walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut