web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ustaz Budak’ Didakwa Lagi Kes Cabul Kanak-Kanak Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 7:08PM

Syamsul (kiri) mengaku tidak bersalah mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.

Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy, yang dijalankan secara dalam talian bagi membendung penularan COVID-19.

Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa dengan maksud seksual meraba bahagian kemaluan kanak-kanak itu di sebuah bilik tidur di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, dalam kejadian jam 9.45 pagi, 3 Ogos lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar memohon supaya tidak dibenarkan jaminan berikutan ia melibatkan kes cabul terhadap remaja bawah umur, manakala tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri merayu agar anak guamnya diberi jaminan yang rendah.

Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan dan menetapkan 19 September depan bagi sebutan semula kes serta laporan perubatan mangsa.

Sebelum ini Syamsul Zaman pernah didakwa dengan 12 kes yang membabitkan jenayah seksual namun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu dan ia masih di peringkat perbicaraan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut