web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Perak Gunapakai Konsep Gelembung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 1:30PM

Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 bermula 25 Ogos ini akan menggunapakai konsep gelembung merangkumi empat elemen utama.

Empat elemen itu adalah penyediaan kemudahan penginapan, penyediaan kemudahan pengangkutan, pertambahan ruang persidangan dan keperluan ujian pengesanan harian bagi mereka yang terbabit dengan persidangan.

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, konsep gelembung itu akan digunapakai selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dengan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Katanya, Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan konsep gelembung ini yang akan membabitkan kesemua pihak berkaitan.

“Penginapan akan disediakan di Hotel Impiana manakala semua yang terbabit dalam persidangan turut diberikan kemudahan pengangkutan khas.

“Langkah ini diambil bagi meminimakan pergerakan semua individu yang terlibat dalam gelembung persidangan pada kali ini dan semua individu diwajibkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya di sini.

Serentak dengan itu Mohammad Zahir berkata, pergerakan menggunakan kenderaan persendirian dan e-hailing adalah dilarang.

Menurut beliau, bilik perbincangan dan kemudahan mesyuarat atas talian akan turut disediakan di hotel jika diperlukan oleh Ahli DUN (ADUN) terlibat.

Mengulas lanjut, Mohammad Zahir berkata, kerajaan negeri turut membuat ketetapan untuk membenarkan penggunaan empat ruang tambahan, selain ruang utama di Dewan Negeri sebagai lokasi persidangan.

“Cadangan penambahan ruang ini adalah bagi meminimumkan risiko penularan wabak serta sebagai langkah mitigasi bagi membolehkan tindakan kuarantin secara bersasar dapat dilaksanakan sekiranya berlaku jangkitan tanpa menganggu persidangan.

“Yang Dipertua Dewan Negeri akan mempengerusikan persidangan di ruang utama Dewan Negeri, dan ruangan ini akan menempatkan 39 orang ADUN, manakala baki 20 orang ADUN akan ditempatkan di 4 ruang tambahan dengan komposisi pecahan mengikut keluasan setiap ruangan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, ujian saringan COVID-19 menggunakan ujian RT PCR adalah diwajibkan kepada semua sebelum tarikh daftar masuk ke hotel iaitu pada 24 Ogos 2021.

Katanya, fasiliti saringan secara harian akan turut disediakan dan semua diwajibkan menjalani saringan menggunakan Salixium COVID-19 Rapid AntigenTest Kit pada setiap hari sebelum persidangan dimulakan.

“Konsep gelembung ini sudah diperjelaskan kepada semua  ADUN supaya persediaan yang sewajarnya dapat dilakukan dengan segera,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut