web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pentadbiran Harian Diteruskan KSU Kementerian - KSN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 6:08PM

Mohd Zuki Ali - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata penjawat awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

“Dalam mendepani situasi semasa, saya memberi jaminan bahawa perkhidmatan awam sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar semasa kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara kerana kerjasama serta kesefahaman kukuh dan jitu antara setiap agensi kerajaan menjadi kunci utama kejayaan bagi setiap pelaksanaan program dan inisiatif sedia ada.

Beliau berkata urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua jabatan persekutuan seperti biasa.

Anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam, katanya.

Mohd Zuki berkata segala usaha, bantuan dan inisiatif yang melibatkan peruntukan yang besar tidak akan terjejas demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat terutamanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Perkhidmatan awam komited mendukung konsep neutrality dan government of the day berlandaskan rule of law,” katanya.

Beliau berkata jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang telah diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang mencabar ini.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan peletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya memaklumkan Seri Paduka berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut