web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:03PM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 bertemakan 'Kitalah Benteng Malaysia' di Puspanitapuri hari ini.  gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) bermula tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem DEEP telah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

"Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguhan pegawai laksana tanggungjawab diberikan.

"DEEP ini kita bagi (markah) 100 peratus. Kita demerit kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat 2024 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan amanatnya, Mohd Zuki berkata, sistem DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

"Penilaian tepat dan adil adalah mustahak dan ia akan memberikan impak (kepada perkhidmatan awam)," katanya.

Sementara itu, beliau meminta seluruh warga perkhidmatan awam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita semua perlu pastikan dasar diperkenal kerajaan disokong sebaik mungkin di semua peringkat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 21 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 13 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis