web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dadah RM1.04 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 4:38PM

Ahsmon Bajah (tengah) menunjukkan rampasan dadah bernilai bernilai RM1.04 juta yang dilakukan di sekitar bandaraya Kuching dan Padawan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Polis berjaya merampas dadah bernilai RM1.04 juta menerusi empat serbuan sepanjang Jumaat hingga Ahad lalu di sekitar bandaraya ini dan Padawan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, Op Rempuh Pusher oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu dilakukan ke atas empat lokasi iaitu Federal Park di Matang, tepi jalan berhadapan Hotel Imperial, kondominium di Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Hup Kee.

Menurut beliau, ia membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan, berusia 22 dan 24 tahun yang dipercayai mula bergiat dalam sindiket pengedaran dadah sejak 2013.

“Rampasan itu melibatkan 17,838 pil ekstasi bernilai RM378,150 dan sejumlah besar dadah dari jenis metamfetamin yang dianggarkan berharga RM667,100.

“Turut dirampas ialah dua kenderaan termasuk pacuan empat roda (4WD) yang digunakan suspek serta sejumlah besar wang tunai,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan (SP) Merbin Lisa dan Ketua Polis Balai Sentral, Asisten Superintendan (ASP) Ahmad Abang.

Ashmon memberitahu, sindiket bergerak menggunakan perkhidmatan kurier untuk membawa dadah berkenaan memasuki negeri ini.

“Dadah ini akan dihantar ke satu alamat yang dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Apabila dadah ini sampai dan perlu dihantar, seorang daripada suspek akan berpura-pura memberi satu alamat lain, sebelum mendakwa dihubungi penghantar untuk mengambil bungkusan tersebut,” katanya.

Selain Kuching, Ashmon memberitahu, bekalan dadah itu adalah untuk diedarkan ke pasaran berdekatan seperti Padawan, Bau, Lundu dan Kota Samarahan.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah kini ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala saringan awal air kencing mendapati seorang daripada mereka turut positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad