web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Juruterbang, Kru Malaysia Airlines Telah Divaksin - MAG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 5:26PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines mencatatkan tahap 100 peratus vaksinasi bagi juruterbang dan kru kabinnya yang bertugas, demikian menurut syarikat induknya Malaysia Aviation Group (MAG).

MAG melalui Dasar Imunisasi COVID-19 yang dimulakan pada Julai 2021 telah mewajibkan semua pekerjanya menerima vaksin COVID-19, kecuali mereka yang mempunyai sebab-sebab kesihatan dan perubatan.

Dalam kenyataan hari ini, MAG berkata kumpulan itu berjaya mempercepatkan kadar vaksinasi kepada pekerjanya yang berpangkalan di Malaysia, iaitu 95 peratus buat masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata kemajuan program vaksinasi yang terkini itu berhasrat memberi keyakinan dan ketenangan kepada penumpang untuk memilih perjalanan dengan mana-mana syarikat penerbangan di bawah MAG.

“Kami akan terus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perjalanan udara, mendorong pemulihan permintaan ke atas perjalanan domestik dan antarabangsa dan akhirnya, meletakkan Malaysia sebagai destinasi yang selamat apabila keadaan semakin reda,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad