web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Di Yan, Penduduk Ibaratkan Tsunami Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 7:31AM

Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini, umpama 'tsunami' kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.

Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, semasa kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai 'mengganas' sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.

“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut,” katanya kepada pemberita di Kampung Setol di sini, malam tadi.

Salwa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang dan air mulai surut lebih kurang 7.30 malam tadi, dan bencana itu juga telah menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.

Mohd Nasir Shuib, 41, pula berkata dia melalui pengalaman mengerikan apabila menemukan mayat seorang lelaki berumur lingkungan 60-an, pada 5.30 petang semalam.

“Saya lihat air sungai berdekatan rumah saya ini mengalir laju, bunyi kuat pelik lain macam, air datang begitu laju hanyut sekali kayu balak semua hingga rumah saya dan jiran ditenggelami air,” katanya.

Mohd Nasir berkata, hujan lebat di puncak Gunung Jerai sejak beberapa hari lepas mungkin telah menyebabkan air terkumpul dan turun secara mengejut, hingga membawa bencana buruk.

“Kejadian ini terburuk berlaku, pekan Yan yang tak pernah tenggelam, hari ni tenggelam... sekarang ni kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Jaafar Man, 62, berkata buat masa ini, beliau dan keluarga sedang berlindung di dalam bangunan yang lebih tinggi, kerana bimbang paras air kembali naik.

Jaafar yang merupakan pemilik Kem Kenari Nature Park di kawasan Titi Hayun berhampiran Gunung Jerai itu berkata, kawasan kem berkenaan telah ditenggelami air serta pasir sehingga paras pinggang.

“Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.

“Hujan lebat petang semalam telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditenggelami air.

“Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan,” katanya yang telah mengusahakan kem rekreasi berkenaan selama 21 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Muda Kedah Mahu Peluang Pekerjaan Diperbanyak

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tragedi Gunung Jerai Takdir Allah - Takiyuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kepala Air Melanda Lagi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pokok Itu Saya Yang Potong - Mohd Amir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad