web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kepala Air Melanda Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 8:21PM

Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan fenomena kepala air berlaku sekali lagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Fenomena kepala air sekali lagi dilaporkan berlaku di Gunung Jerai hari ini berikutan hujan lebat selama beberapa jam di kawasan tersebut, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak memberi kesan teruk seperti yang berlaku pada 18 Ogos lalu.

“Begitu pun kita sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan kerap melakukan pemantauan di kawasan berisiko.

“Setakat ini saya sudah mengarahkan pasukan dari Balai Bomba Yan, Guar Chempedak dan Sungai Petani untuk melakukan pemantauan empat jam sekali di kawasan berisiko,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Gambar serta video kejadian kepala air itu sudah tular di media sosial melibatkan beberapa kawasan di Titi Hayun sejak pagi tadi.

Kelihatan air turun dari kawasan tinggi dengan deras.
Kelihatan air turun dari kawasan tinggi dengan deras.

Beberapa klip video yang tular itu turut memaparkan air sungai mengalir deras di permukaan jalan raya. 

Sementara itu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di Sik berkata, beliau difahamkan kejadian pada 18 Ogos lalu telah menyebabkan sungai di kawasan tersebut menjadi cetek.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan air dari sungai berkenaan naik ke darat apabila berlaku arus deras seperti hari ini.

“Ketika ini sungai yang dulunya agak dalam sudah menjadi cetek. Oleh itu, apabila berlaku hujan lebat dan air terkumpul di puncak gunung, maka berlaku arus deras hingga menyebabkan airnya naik ke darat.

“Bagaimanapun anggota pasukan keselamatan kita sentiasa bersedia di sana. Dalam masa sama, saya menasihatkan semua penduduk di kawasan itu supaya sentiasa menjaga keselamatan masing-masing dan mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya. - Getaran 2 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki