web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB Bayar Bloomberg Senaraikan Satu Daripada Dananya - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 7:58AM

Najib Tun Razak beredar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam selepas hadir untuk prosiding kes berkaitan 1MDB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa syarikat itu telah membayar agensi berita antarabangsa Bloomberg untuk menyenaraikan satu daripada dananya untuk meningkatkan persepsi orang ramai terhadap portfolio pelaburan.

Mohd Hazem, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tania Scivetti yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-10 itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa penyenaraian Bridge Global Absolute Return Fund (BGARF) di Bloomberg akan meningkatkan isu legitimasi portfolio itu.

Dilaporkan pada 2016 bahawa 1MDB telah memilih Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd untuk menguruskan wang tunai RM7.67 bilion.

Wang itu telah dilaburkan dalam BGARF, sebuah syarikat portfolio berasingan (SPC) yang berdaftar di Kepulauan Cayman.

Mohd Hazem merujuk kepada minit mesyuarat lembaga pengarah yang pengerusi 1MDB telah mengulas mengenai persepsi buruk terhadap dana itu.

Saksi itu bersetuju bahawa beliau telah menenangkan pengerusi dalam mesyuarat itu dan berkata persepsi itu akan bertambah baik apabila BGARF disenaraikan di Bloomberg.

Scivetti: Bloomberg adalah nama besar dan mempunyai platform untuk meletakkan data kewangan syarikat, itulah sebabnya penting untuk disenaraikan di Bloomberg.

Mohd Hazem: Ya.

Scivetti: Jika anda tersenarai di Bloomberg, ia akan memberikan legitimasi kepada dana dan akan menyelesaikan isu kesahan.

Mohd Hazem: Ya.

Scivetti: Saya tahu, ia tidak sukar untuk disenaraikan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membayar sedikit yuran langganan, yang sama sekali tidak mahal. Ia adalah semudah itu. Bloomberg tidak mengesahkan apa yang dikatakan oleh syarikat untuk disenaraikan. Anda bayar mereka, mereka akan menyenaraikannya.

Mohd Hazem: Saya tidak tahu. Saya tidak boleh menjawab bagi pihak Bloomberg.

Scivetti kemudian mencadangkan bahawa disenaraikan di Bloomberg tidak menjamin terdapat sebarang nilai dalam syarikat tersebut, yang mana Mohd Hazem menjawab: “Ya, setakat tertentu.”

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut