web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pegawai Tugas Khas Seleweng Bantuan, Ahli Parlimen Buat Laporan SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 12:37PM

Tertuduh direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang Ahli Parlimen membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas bekas pegawai tugas-tugas khasnya disyaki terbabit dengan kes penyelewengan wang yang dikhususkan sebagai peruntukan Parlimen berkenaan.

Getaran diberitahu, peruntukan tersebut disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Susulan laporan, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Majistret, Noor Fazlina Musa kemudiannya membenarkan individu berkenaan direman selama tiga hari sehingga Ahad, bagi membantu siasatan.

Sumber memaklumkan, penyelewengan tersebut membabitkan wang berjumlah RM140,600.

“Kejadian itu didakwa berlaku antara Ogos 2019 hingga Januari 2020.

“Individu berkenaan didakwa menggunakan tujuh invois palsu untuk menuntut bayaran bernilai antara 9,500 hingga RM34,000 bagi pelbagai kerja dan pembekalan dalam kawasan Parlimen itu,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan ada tangkapan dibuat.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran 20 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

3

Semasa 6 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar