web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan Ismail Sabri Menghancurkan Pembangkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 9:49PM

Mohamad Sabu berkata proses demokrasi berparlimen di Malaysia perlu diperteguhkan semula. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengakui sedih kerana parti pembangkang gagal memperoleh semula mandat itu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, kegagalan tersebut menjadikan perjuangan mereka yang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin dilihat sebagai sia-sia oleh rakyat.

Menurut beliau, ia menandakan bahawa proses demokrasi berparlimen di Malaysia perlu diperteguhkan semula.

“Beri keyakinan kepada rakyat agar Langkah Sheraton 2020 tidak akan berulang di masa hadapan dan jika terjadi lagi, bermakna sistem yang kita pilih ini sudah hancur serta perlu diperbaiki menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Mohamad berkata, adalah sukar untuk memberi semula keyakinan kepada rakyat apabila pembangkang terdiri daripada pihak yang menang, manakala kerajaan dikuasai golongan tertewas.

“Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Teka-teki calon Perdana Menteri kesembilan terjawab hari ini apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenaan melantik Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO untuk menyandang portfolio paling kanan negara itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu dibuat selepas baginda menerima surat akuan (SD) daripada 114 Ahli Dewan Rakyat, sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Setiausaha Publisiti Nasional DAP, Tony Pua menerusi komen ringkas pula berkata, kejayaan UMNO memegang tampuk kerajaan itu ‘menghancurkan’ parti pembangkang.

“Ditendang keluar dari kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk.

“Tetapi memainkan peranan sebagai watak utama yang membolehkan UMNO kembali berkuasa? Menghancurkan,” katanya, sinis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu  berkata, beliau akan meneruskan kerja dan khidmat sebagai Ahli Parlimen pembangkang.

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, tugas serta tanggungjawab hakiki saya adalah untuk terus membawa idea dasar serta melaksanakan semak dan imbang ke atas setiap keputusan kerajaan untuk kebaikan rakyat.

“Paling penting, saya akan sentiasa menjunjung Keluhuran Perlembagaan untuk negara dan kerajaan yang baharu dibentuk ini wajib bekerja keras untuk menangani krisis COVID-19 serta memulihkan semula ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad