web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


5 Tempat Makan Halal Menarik Di Singapura

Anda pencinta makanan dan suka ke Singapura? Di sini kami senaraikan lima tempat makan yang halal dan unik di Kota Singa untuk anda cuba selesai pandemik nanti.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 10:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain unggul sebagai sebuah destinasi pelancongan, negara jiran kita Singapura turut terkenal sebagai sebuah ‘syurga makanan’. Ini kerana terdapat banyak pilihan makanan dari pelbagai pelusuk dunia.

Sungguhpun begitu tidak semua tempat makan di Kota Singa itu menjual makanan yang halal dan boleh dimakan oleh mereka yang beragama Islam.

Minggu ini, kami kongsikan lima tempat makan menarik di Singapura yang menyajikan makanan halal. Siapa tahu, mungkin selesai pandemik COVID-19 nanti, kita boleh ke sana dan mencubanya.

 

1. Kafe Momolato

Alamat : 34, Haji Lane

Sejak akhir-akhir ini, trend bagi rakyat bukan Melayu di Singapura untuk menyediakan gelato halal semakin menyerlah.

Sebagai satu-satunya pemborong gelato halal di Singapura yang terbesar dan pernah memenangi anugerah di pusingan akhir jelajah dunia gelato, Momolato adalah nama yang tidak boleh dilupakan bagi peminat tegar gelato halal. Malah mereka juga pembekal kepada restoran-restoran, aneka hotel dan kafe halal.

Dengan 18 pilihan gelato termasuk Watermelon Soursop, Ondeh-Ondeh Sweet Yam, Oolong Hojicha Tiramisu, Mao Shan Wang dan popsicle Spritzers seperti Watermelon Kiwi Pop dan Cocunut Water Lychee yang menggiurkan ia mesti anda cuba jika anda peminat aiskrim!

 

2. Restoran Regale

Alamat: Warren Golf & Country Club, 81 Chua Chu Kang Way

Nasi Ambeng Regale pernah memenangi Anugerah Halal 2020 di Singapura dan dinobatkan terbaik di Singapura. Nasi ambeng popular ini berasal dari Jawa, Indonesia dan dihidangkan di atas dulang membuatkan penggemar nasi ambeng dapat berkongsi bersama!

Nasi putih disajikan lengkap dengan rendang daging, ayam lemak cili padi, sambal goreng, sambal telur,  terung berlado, ikan kering, acar timun, paru timun, bergedil, paru goreng dan serunding. Pakej termasuk kurma, bubur, kuih-muih dan air bandung. Enak dan sangat mengenyangkan jika dicuba! Memang puas hati!

Bak kata orang Singapura “Gerek Seh!” Apatah lagi kala menikmati sajian dengan pemandangan kolam renang yang indah. Sangat berlainan sekali.

 

3. The Mad Sailors

Alamat: 24, Haji Lane

Restoran ala Mat Salleh ini terletak di kawasan Kampong Glam. Dikenali dengan pelbagai variasi fish and chips mereka termasuk Masala Fish & Chips, Sambal Fish & Chips ala British.

Mereka menyajikan menu seperti seperti Fish & Chips, Chicken Confit atau Aged Bull Ribeye. Pembuka selera premium pula seperti Mussels & Clams, udang bawang putih, dan sotong. Terdapat Homemade Carrot Cake dan Eton Mess (Meringue) kesemua ala British bagi anda yang inginkan kelainan.

Aneka pilihan minuman di The Mad Sailors juga agak menarik seperti Midnight Mariner, Journey to Colombo dan Butterscotch Soda untuk menghilangkan rasa dahaga anda!

 

4. StuffedWing Lab

Alamat: 324F Changi Road, Singapura

Restoran halal yang dikenali dengan stik Tomahawk King enak khusus untuk penggemar stik gergasi. Stik Tomahawk menyerupai kapak di mana restoran ini hanya membawakan daging ‘grain-fed’ yang terbaik dari Australia sahaja.

Anda berpeluang menjamu selera bertaraf Michelin Star kerana mereka menyajikan Epic feast ( 4-6 orang) atau Titan feast (6-8 orang) dan hidangan lain juga.

Sajian Epic feast termasuk stik Tomahawk, Satsuma Wagyu Rendang dengan 6 Mantou, Tomalamb, ikan Hoki Tempura, Smoky BBQ Boneless Wings, Ketam Farci, Garden Salad, Cheesy fries dan minuman. Cheesy Stuffed Wing di sini juga antara yang terlaris di Singapura.

 

5. Restoran Tash Tish Tosh

Alamat: #01-02, Marine Cove dan 50 Kandahar Street

Tash Tish Tosh harus anda kunjungi untuk tulang yang paling lazat di Singapura. Terdapat Signature Battleship, Mothership, Destroyer Toolang dan Burger Toolang yang cukup unik di sini.

Signature Battleship Toolang diletakkan di atas pizza base memudahkan anda untuk sedut tulang sumsum dengan penyedut!

Anda boleh juga mencuba Sumsum Toolang daging lembu (Beef Bone Marrow) Tash Tish Tosh untuk penggemar daging lembu pula. Lain dari lain!

Jelas terbukti, ini hanyalah singkapan ringkas tentang apa yang boleh kita nikmati andai ke Singapura. Jadi selesai pandemik nanti, segeralah seberang tambak untuk menikmati kesemua sajian lazat ini. – Getaran, 9 Mei 2021.


 

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia