web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KDA FC Tak Mahu Kompromi, Janji Persembahan Terbaik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 3:36PM

Penyerang KDA FC, Kpah Sherman melakukan tandukan dalam sesi latihan semalam. - Gambar Ihsan KDA FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Walaupun percaturan di atas kertas tampak mudah, barisan pemain dan jurulatih Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) tidak mahu berkompromi mengenai soal prestasi, apabila menjanjikan yang terbaik ketika menentang Kelantan United FC dalam saingan Kumpulan C, Piala Malaysia malam esok.

Menurut tonggak penyerang mereka dari Liberia, Kpah Sherman, dia bakal menampilkan aksi 100 peratus kerana Kelantan United tetap dilihat sebagai ancaman biar pun menjadi pasukan terakhir yang layak ke Piala Malaysia musim ini.

Jelasnya, tiada pasukan yang boleh dianggap sebagai lawan mudah walaupun dua pasukan yang berada dalam Kumpulan C bersama KDA FC, datang dari Liga Premier iaitu Kelantan United dan Negeri Sembilan FC (NSFC).

“Memang benar dua pasukan itu datang dari Liga Premier tetapi saya dan rakan-rakan tetap akan melayan mereka seperti pasukan itu datang dari Liga Super.

“Dalam bola sepak, tiada pasukan layak dipandang rendah kerana kedua-kedua pasukan bertanding bermula dengan 11 pemain dan dalam tempoh 90 minit itu, segala-galanya boleh berlaku.

“Saya terlepas beberapa perlawanan terakhir Liga Super sebelum ini dan kini kembali bersama Rabih Ataya untuk membantu pasukan.

“Tak kisah sama ada membuat jaringan atau membantu rakan menghasilkan gol, apa yang penting adalah saya mahu membantu pasukan ini menang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini Kpah dan Ataya tidak beraksi dalam empat perlawanan terakhir Liga Super, berikutan kedua-duanya dipanggil untuk berbakti bersama skuad kebangsaan masing-masing untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Sementara itu Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, Kelantan United bukanlah sebuah pasukan yang boleh diambil mudah memandangkan mereka telah berjaya membuktikan kesungguhan untuk layak ke Piala Malaysia dalam aksi Liga Premier sebelum ini.

“Anda boleh lihat bagaimana dalam dua perlawanan terakhir, mereka bermain bersungguh-sungguh ibarat final untuk menang bagi memastikan tempat ke Piala Malaysia.

“Sebab itu kalau kita perkecilkan kemampuan mereka, memang kita ada masalah.

“Jadi saya pesan kepada pemain agar menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan dilalui, tanpa mengira siapa lawan kita.

“Jangan ambil mudah satu perlawanan sekali pun dan harap-harap, kita dapat gunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dalam perlawanan pertama itu nanti,” katanya. - Getaran 26 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Euro 2024: Sepanyol Atasi Crotia, Itali Tewaskan Albania

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang