web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Bersara Jika JDT Tewas: ‘Sat Lagi Saya Tak Ada Saingan Pula’ - Presiden KFA

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 3:53PM

Muhammad Sanusi Md Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diharap tidak lagi memikirkan mengenai persaraan baginda daripada pasukan atau dunia sukan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan untuk bersara pada usia muda itu akan menyebabkan beliau tidak memiliki saingan dalam kancah bola sepak tanah air.

“Bersara atau tidak, itu pilihan masing-masing. Orang bersara ini sebab dah tua, kalau muda nak bersara apa?

“Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. ‘Sat’ lagi saya tak ada saingan pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah dan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Kedah di Dataran Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Tunku Ismail menerusi hantaran di laman media sosial Instagram kelmarin, memaklumkan baginda akan meninggalkan dunia bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit dengan aktiviti sukan itu di negara ini, sekiranya JDT tewas pada perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Kuala Lumpur (KL) City FC.

Bagaimanapun skuad JDT dibimbing jurulatih dari Mexico, Benjamin Mora, beraksi cemerlang malam tadi apabila menundukkan KL City FC dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Mengulas mengenai kejayaan JDT itu, Muhammad Sanusi mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut kerana berjaya meraih piala sulung musim ini.

“Kita panaskan keadaan di luar padang sahaja, orang Johor pun faham.

“Saya pergi ke Johor baru-baru ini, orang Johor pun ‘okey’ sahaja. ‘Steady’ orang Johor,” katanya. - Getaran 27 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia