web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Ada Tokong Dalam Bola Sepak - KFA

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 9:12PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Semua pihak diingatkan agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam arena bola sepak negara, susulan beberapa kejadian disifatkan sangat luar biasa dan ‘menggelikan hati’ ketika perlawanan sukan itu, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara kejadian itu adalah tambahan masa 10 minit sewaktu perlawanan antara pasukan JDT dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, minggu lalu.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, semua mata kini tertumpu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandangkan tambahan masa selama 10 minit itu cukup pelik, tidak hanya dalam arena bola sepak tanah air, malah dunia.

“Sebagai ahli gabungan FAM, kita nak perkara menggelikan hati begini dapat ditangani segera. Masa tambahan paling panjang pun biasanya tujuh minit dan itu pun kalau ada patah kaki hingga memerlukan pemain diusung keluar dan sebagainya.

“Tetapi dalam perlawanan itu, patah jari pun tak ada, tambah masa 10 minit. Ini sesuatu sangat luar biasa dan yang pertikai pun bukan saya seorang sebaliknya ramai persoalkan di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Dalam perlawanan itu, NSFC terpaksa akur selepas penyerang import JDT, Fernando Forestieri menjaringkan gol berkelas dunia menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-100.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 0-0 hingga tamat 90 minit masa sebenar permainan, sebelum pengadil membenarkan masa kecederaan ditambah 10 minit.

Jelasnya, jika semua pihak ikhlas mahu meningkatkan mutu bola sepak di Malaysia, perkara luar biasa sebegitu perlu dilihat dengan mata terbuka.

“Orang tahu apa yang berlaku, cuma orang tak bercakap saja. Jangan sampai saya bercakap pula dan ini pun saya cakap sikit saja, cuma mukadimah.

“Kalau keluar semua, habis. Saya sedang kumpulkan lagi apa benda patut saya cakap demi kebaikan bola sepak,” katanya.

Tambahnya, bola sepak bukan milik mana-mana individu, sebaliknya dimainkan untuk semua orang.

“Jangan ada ‘tokong’ dalam bola sepak. Bola sepak ini permainan untuk semua orang, kita panggil ‘fair play’.

“Setiap kali ada perlawanan, bawa banner (sepanduk) besar tulis perkataan ‘fair play’, tetapi ada tokong, semua nak kena tanya dia dulu.

“‘Mampuih’ la lagu (macam) tu, nak main macam mana?,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia