web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Enggan Janji ‘Bulan Dan Bintang’ - Aaron

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 6:17PM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu di Masters Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ berhubung sama ada mereka mampu menamatkan kemarau lima tahun bagi wakil tuan rumah merangkul gelaran Masters Malaysia.

Sebaliknya, beregu di ranking kedua dunia itu mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu pada kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, bermula 23 hingga 28 Mei ini

Aaron, 26, yang mengakui teruja dan gementar untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri pada kejohanan yang menjadi Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pertama menawarkan mata ranking ke ‘Race to Paris’ itu, berkata mereka sedang membuat persiapan rapi bagi saingan tersebut.

“Kita susah nak cakap (sama ada boleh menang gelaran atau tidak), jadi saya rasa kita jangan cakap tapi buat dulu, lepas buat baru cakap.

“Tempoh kelayakan (setahun) ke Olimpik juga sudah nak mula pada 1 Mei, jadi semua kejohanan dalam tempoh ini penting. Kita berharap boleh kekalkan prestasi dengan konsisten,” katanya pada sidang media kejohanan itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran Masters Malaysia pada edisi 2017 apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul juara beregu campuran, manakala Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain paling cemerlang dengan lima gelaran (2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016) sejak edisi sulung pada 2009.

Edisi 2021 dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Aaron juga mengakui bahawa pendekatan ABM menggunakan latihan simulasi video sejak awal bulan ini, membantu mereka meningkatkan prestasi dengan hasilnya diharap dapat dilihat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) bermula 25 hingga 30 April ini di Dubai.

“Ia membantu kita untuk betulkan kesilapan yang selalu kita lakukan, kurangkan kesilapan mudah. Saya tidak boleh kongsi banyak kerana ada privasi,” jelasnya.

Prestasi Aaron-Wooi Yik sebelum ini dilihat tidak konsisten ketika siri kejohanan di Eropah pada bulan lepas.

Sementara itu, Wooi Yik, 25, berkata mereka sudah membuat persiapan rapi untuk BAC dan berharap mencapai prestasi yang baik supaya memperoleh keyakinan menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024, yang bakal bermula dengan Piala Sudirman pada 14-21 Mei di Suzhou, China.

“Banyak yang kita perbaiki dari segi skil, taktikal, pertukaran dan untuk kita lebih serasi ketika perlawanan. Kita harapkan ini boleh bantu, namun kita tak nak letakkan harapan yang tinggi untuk BAC, sebab ada banyak lagi kejohanan lebih penting selepas itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Zii Jia Ungguli Terbuka Australia

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Wei Chong - Kai Wun Mara Ke Final Terbuka Indonesia

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 6 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 11 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM