web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Sepak Takraw Negara Adnan Saidin Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 12:00PM

Allahyarham Adnan Saidin akan dikebumikan di Kampung Padang, dekat sini selepas solat Zohor nanti - Gambar Instagram Adnan Saidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas pemain sepak takraw negara Adnan Saidin, 66, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi akibat masalah kesihatan.

Anaknya Mohd Faizal Adnan, 38, berkata Allahyarham bapanya itu mula dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sejak seminggu lepas sebelum dirujuk ke HSB semalam.

“Pada awalnya, ayah dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kerana disyaki menghidap tibi sebelum mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. Masuk hari ketiga dirawat, dia tidak sedarkan diri dan imbasan pada kepala mendapati terdapat pendarahan dalam kepalanya.

“Selepas itu, Allahyarham telah dirujuk ke HSB semalam dan meninggal dunia hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di HSB di sini, hari ini.

Mohd Faizal berkata sebelum Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan swasta itu, keadaan bapanya memang sudah kelihatan lemah.

“Kebiasaannya, kalau Aidilfitri memang dia akan berjalan tetapi tahun ini nampak tidak larat dan semua ahli keluarga yang lain datang beraya di rumah. Sebelum dia tidak sedarkan diri, kami ada bersembang seperti biasa dan dia juga sempat menonton televisyen.

“Sebelum dimasukkan ke pusat perubatan itu, dia ada juga menonton sukan sepak takraw di televisyen kerana dia memang cintakan sukan itu serta kalau bab-bab sukan ini memang semua Allahyarham ambil tahu,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Kampung Padang, dekat sini selepas solat Zohor nanti.

Bekas ketua pasukan negara dari 1980 hingga 1986 dan Kedah dari 1976 hingga 1992 itu dilahirkan di Kampung Padang, Tandop, dekat sini dan mula berjinak-jinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun lagi.

Hampir 20 tahun berkecimpung dalam sukan itu, bekas raja libas sepak takraw negara itu banyak melakar kenangan manis terutamanya ketika berdepan musuh tradisi, Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1979.

Kehebatan Adnan dalam sukan itu membolehkan Allahyarham dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia 1984 dan digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986.

Adnan meninggalkan seorang isteri dan enam anak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

2

Sukan 4 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Sukan 5 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

4

Semasa 6 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 16 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 11 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh