web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Istilah ‘Anak Emas’ Dalam Program RTG - Hannah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 8:42PM

Hannah Yeoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada istilah ‘anak emas’ dalam program Road To Gold (RTG) yang dibentuk dalam usaha negara meraih emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau menegaskan semua atlet di bawah program berkenaan menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia di temasya berprestij itu. 

"Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet berada dalam program ini.

"Servis ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat RTG, hari ini. 

Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa RTG untuk mengekalkan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam program itu meskipun telah tergelincir daripada kedudukan ke-10 dunia berikutan aksi kurang memberangsangkan dipamerkannya. 

Baru-baru ini, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi susulan prestasi merudum sejak akhir-akhir ini.

Koordinator RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata keputusan mengekalkan pemain ke-11 dunia itu dibuat selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik dan saranan teknikal berdasarkan ranking Road to Paris.

Stuart berkata RTG juga telah menerima cadangan untuk memasukkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke dalam program tersebut berdasarkan pencapaian di kejohanan terbaru yang mereka sertai.

Katanya, bagi kedudukan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-18 pula, mereka akan diberi masa sehingga September ini untuk membuktikan prestasi mereka.

Sementara itu, Stuart turut mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaru RTG sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2023 September ini. 

“Hoki akan menerima sokongan diperlukan ke temasya Sukan Asia yang merupakan medan kelayakan ke Olimpik Paris 2024,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Sukan 11 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 16 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin