web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sukan Asia: ‘The Pocket Rocketman' Sedia Hadapi Jadual Padat Di Hangzhou

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 3:54PM

Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pasukan basikal negara bersama Ketua Kontinjen Sukan Asia Hongzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt di Velodrom Nasional hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedia berdepan dengan jadual padat Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Azizulhasni berkata beliau belajar daripada pengalaman semasa Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland baru-baru ini kerana ia agak sama dengan situasi yang bakal dihadapi pada acara di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou nanti.

“Sukan Asia kita tengok jadual agak rapat antara perlumbaan ada interval 15 minit, mereka susun semuanya dalam masa yang singkat. Saya tak pasti tapi semua (pelumba) hadapi situasi sama.

“Semasa Kejohanan Dunia hari itu tak jangka rapat (jadual), ketika itu saya lumba dan banyak perlumbaan di pusingan awal kemudiannya bila perlumbaan berikutnya tak sempat rehat. Saya belajar banyak di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan Ketua Kontinjen Sukan Asia Hongzhou 2022 Datuk Chong Kim Fatt di Velodrom Nasional, di sini hari ini.

Pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023, Azizulhasni gagal menyumbang sebarang pingat apabila terkandas di peringkat separuh akhir acara kegemarannya iaitu keirin.

Malang juga menimpa Azizulhasni dalam acara pecut apabila penyertaannya dibatalkan pada pusingan kedua gara-gara tindakannya yang mahu memotong pelumba dari Australia, Thomas Cornish.

Sehubungan itu, Azizulhasni yang juga pemenang perak keirin lelaki Sukan Olimpik 2020 bukan mudah berdepan situasi berkenaan, namun akan berusaha sehabis baik dengan menggunakan taktikal yang mampu membantunya menyinar pada penampilan terakhir di temasya sukan tersebut,

“Saya tak tahu kenapa rapat. Saya beranggapan mungkin China bagi setiap perlumbaan ada pelumba dan mereka nak pastikan semua pelumba bersedia, walhal kita banyak masuk acara (pelumba sama). Jika ikut Sukan Olimpik pula (jadual) berbeza, satu hari ada dua perlumbaan dan ada masa.

“Kita kena pandai selaras bagaimana untuk memecut dan menyimpan tenaga untuk kemudiannya…Ia lebih kepada taktikal pada pusingan awal dan bila masuk separuh akhir atau akhir saya rasa itu lain,” katanya.

Sementara itu, juara bertahan acara pecut Sukan Asia itu secara peribadi berharap skuad berbasikal negara mampu membawa pulang dua emas dari Hangzhou berbanding satu emas disasarkan jurulatihnya, John Beasley.

Pelumba dari Dungun yang turut diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu berkata doktor mengesahkan dirinya cergas untuk bersaing pada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan minggu lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 7 bulan yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia