web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 7:45AM

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang menamatkan penantian meraih gelaran sulung Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mara ke final Terbuka China di Changzhou, malam tadi.

Lebih manis, pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan itu menang bergaya apabila menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-18, 21-17 dalam pertarungan separuh akhir yang berlangsung selama 41 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir adalah pilihan ketiga, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang mengatasi wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik yang merangkul gangsa pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark tahun ini adalah gandingan keenam dunia, sementara pasangan China itu yang turut berkongsi gangsa di Copenhagen berada di ranking keempat.

Berdasarkan rekod, Liang-Wang menang empat daripada keseluruhan lima pertemuan terdahulu sejak Oktober 2022 dengan kemenangan tunggal diraih Aaron-Wooi Yik adalah pada kejohanan Masters Indonesia Januari lalu.

Nasib berbeza buat dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila masing-masing terkandas di separuh akhir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

2

Sukan 6 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

3

Sukan 6 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Zii Jia Ungguli Terbuka Australia

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 13 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad