web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhammad Azeem, Sheeren Terima Insentif Dari Kerajaan Perak

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 7:53PM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Sheeren Samson Vallabouy. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan memberikan insentif kepada dua atlet negeri Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Sheeren Samson Vallabouy kerana kejayaan merangkul pingat gangsa dalam acara olahraga pada temasya Sukan Asia Hangzou 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak, namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.

“Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan yang digapai oleh kedua-dua mereka dan seperti yang semua sedia maklum, ia bukan datang dengan mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan yang besar.

“Berkaitan dengan insentif ini, sememangnya MSN ada kadar-kadar tertentu untuk pemberiannya bagi atlet negeri Perak yang berjaya dan cemerlang di persada antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Program E-Kelas Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maxis Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar di sini, hari ini.

Pada 30 September lalu, Muhammad Azeem, 19, yang diberi jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’ berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 10.11 saat.

Shereen, 25, pula berjaya merangkul gangsa dalam acara 400 meter wanita dengan catatan 52.58 saat, sekali gus menamatkan penantian 17 tahun negara untuk menuai pingat dalam kategori balapan.

Khairudin berkata, semua pihak seharusnya memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua atlet ini untuk terus melakar kejayaan tanpa sebarang gangguan yang mampu merencatkan persembahan mereka.

“Kedua-duanya masih muda dan kita kena bagi ruang dan peluang kepada mereka menimba pengalaman dan menjalani latihan dengan gigih supaya lebih banyak kejayaan dapat diraih khususnya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengharapkan kejayaan yang diraih oleh kedua-dua atlet ini dijadikan contoh kepada atlet lain untuk terus berusaha memperbaiki prestasi masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia