web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2024 6:27PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BETONG – Selain memenangi pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, badang Terengganu Muhammad Izzan Ismadi melakar sejarah apabila memecahkan rekod kebangsaan kategori 96 kilogram (kg) dalam clean and jerk.

Pada aksi yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, atlet berusia 21 tahun itu mengangkat bebanan 173kg untuk memadamkan rekod lama 170kg dipegang rakan senegeri, Muhammad Syahir Tera pada 2023.

Muhammad Izzan melakukan angkatan 140kg dalam snatch menjadikan jumlah keseluruhan 313kg.

"Saya bekerja keras dan bangga kerana apa yang saya impikan tercapai. Saya memang menyasarkan untuk memecahkan rekod hari ini," katanya ketika pemberita hari ini.

Beliau turut mendedikasikan pingat dimenanginya kepada merela yang telah banyak memberi sokongan.

Pingat perak dimenangi Abdila lyad Abdul Jalil dari Wilayah Persekutuan yang melakukan angkatan keseluruhan 309kg manakala atlet Sabah, Muhammad Alianafiah tempat ketiga dengan catatan 262kg.

Sementara itu, kategori lebih 96kg lelaki menyaksikan kontinjen Pahang meraih emas pertama dalam sukan angkat berat menerusi Muhammad Faris Haikal Kamarul selepas mengungguli acara itu dengan melengkapkan bebanan angkatan keseluruhan 300kg.

Atlet tuan rumah, Samuel Franklyn Edward memperoleh pingat perak dengan angkatan keseluruhan 262kg manakala gangsa milik Mohamad Farid Izwan Nor Azizol Hamdan dari Perak yang mengangkat bebanan keseluruhan 235kg. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Sukan 4 minggu yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

3

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Ibu Minat Filem Kung Fu Dorong Muhammad Danish Ceburi Wushu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024